Friday 31 July 2015

Mulakan Harimu Dengan Senyuman

Salam kepada semua

Mulakan harimu dengan senyuman dan positifkan minda apabila kita memulakan sesuatu kerja. Walaupun ada orang di luar sana yang mencemburui kita dan cuba menimbulkan fitnah, kita perlu banyakkan bersabar dan berdoa pada Allah swt supaya kita menjadi insan yang sentiasa tabah dan sabar. Apa yang perlu kita buat ialah kita perlu yakin bahawa segala sesuatu ujian dan musibah itu ada hikmah dan ganjaran daripada Yang Maha Pencipta.